fbpx

‘Taksub beli barang viral, penyakit akhir zaman’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ustaz Azhar Idrus.

PETALING JAYA – Tindakan sesetengah pembeli yang sanggup beratur awal hanya sekadar untuk mendapatkan barang jualan yang tular dilihat sudah menjadi barah dalam masyarakat.

Jelas pendakwah popular, Ustaz Azhar Idrus, ketaksuban mereka dalam mengejar ‘viral’ itu bukanlah satu keperluan yang mendesak malah ia juga tidak mendatangkan sebarang faedah.

“Beratur dari 12 malam, pukul 9 pagi esok baru kedai buka. Sepatutnya esok la pergi beli. Cerdik ke bodoh? Bukan kita kelaparan enam tahun tak ada makanan. Betul tak?

“Itu penyakit akhir zaman. Kasih kepada viral. Kasih kepada kemegahan. Pembeli pula rasa hebat bila dapat beli benda yang viral,” katanya dalam satu ceramah.

Dalam pada itu, dia turut menegur tindakan penjual yang memilih untuk menggunakan kaedah pemasaran yang tidak senonoh dan bertentangan dengan tuntutan agama sekadar untuk meraih keuntungan tinggi.

“Promosi makanan dalam TikTok sekarang sebahagiannya bagus, dia jaga pantang larang dalam Islam. Tetapi sebahagian promosi pula ‘haram’, jadi lah perniagaaan itu tidak ada berkat.

“Tapi masalah kita sekarang, kita tak perlukan keberkatan dah. Kita nak kejar laku, laris, tontonan pengikut tinggi, rating tinggi, orang banyak datang beli,” ulasnya.

Perkongsian tersebut dilihat sebagai satu tamparan hebat buat peniaga-peniaga dalam talian yang sering kali menggunakan jalan mudah untuk mendapat hasil jualan tinggi tanpa menghiraukan hukum agama.

“Ustaz bagitahu untuk kita semua, ambillah sebagai peringatan. Baik sebagai pembeli atau penjual,” komen Zakiah.

Selain itu, ada juga beberapa pengguna yang menarik nafas lega kerana belum terjebak dengan ‘trend’ beratur panjang dan beberapa hari awal demi mendapatkan apa jua barangan yang tular.

“Nasib baik saya jenis yang tak suka tempat ramai-ramai, lagi lah kalau nak kena beratur. Tak kisah lah walaupun teringin nak makan, aku tak sanggup nak beratur, rimas,” kata Qish.

“Teringin juga nak beli benda viral, selalunya bila dah tak viral baru beli sebab saya jenis yang tak suka nak menunggu,” tulis Aza. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI