fbpx

Siasatan terhadap pendakwah bebas dimulakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA- Polis mengambil keterangan beberapa saksi berhubung satu laporan dibuat oleh seorang pengadu terhadap seorang pendakwah bebas yang tular baru-baru ini.

Tanpa mendedahkan kesalahan berhubung laporan yang dibuat pengadu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan mengesahkan satu siasatan telah dimulakan.

Terdahulu Kosmo! melaporkan polis mengesahkan menerima laporan daripada pendakwah bebas tersebut yang mendakwa dirinya difitnah dalam sebuah video tular di media sosial yang bertajuk ‘The Mondy Tattoo Interview’.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Mohd Fairus Jaafar berkata, laporan itu diterimanya daripada seorang lelaki tempatan berusia 38 tahun pada pukul 2.17 pagi tadi.

Katanya, mangsa mendakwa dirinya telah difitnah oleh individu yang bernama ‘Mondy’ dalam video berdurasi 27 minit 56 saat yang dimuat naik di media sosial, Jumaat lalu.

“Hasil siasatan mendapati, video berkenaan memaparkan wawancara yang dikatakan telah memfitnah individu terkenal tersebut dan kini telah mendapat 225,177 jumlah tontonan, 2,600 tanda suka dan 2,800 komen.

“Laporan polis tersebut telah dikategorikan ROR atau RLR (Refer to Other Report/Rujuk Laporan Lain) dan disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Mohd Fairus, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian video yang tular di media-media sosial.

Katanya, jika didapati terdapat sebarang perlakuan yang menyalahi undang-undang, pihak polis akan mengambil tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang yang sedia ada. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI