fbpx

Lelaki ditemui meninggal dunia di perhentian bas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia di perhentian bas Batu 7, Jalan Bintulu - Tatau berhampiran simpang Jepak, malam tadi.

BINTULU – Orang ramai dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki di perhentian bas Batu 7, Jalan Bintulu-Tatau berhampiran simpang Jepak, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Bartholomew Umpit berkata, pihaknya menerima laporan mengenai penemuan mayat itu pada pukul 7.06 malam daripada orang awam.

Bagaimanapun, identiti mangsa belum dapat dikenal pasti kerana tiada pengenalan diri dijumpai.

“Mangsa dipercayai lelaki asing berusia dalam lingkungan 30-an disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Pemeriksaan pada badan mangsa tidak menemui sebarang unsur jenayah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Orang ramai yang kehilangan ahli keluarga diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Sarjan Ahmad Amir Youb Bahari di talian 013-5653756 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daserah Bintulu di talian 086-318304. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI