fbpx

Lelaki Arab minum susu pekat manis terus dari tin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki Arab mendakwa gemar meminum susu pekat manis dan menunjukkan cara-cara memakannya kepada orang ramai di TikTok.

PETALING JAYA – Seorang lelaki Arab yang fasih berbahasa Melayu mengejutkan orang ramai apabila mendakwa masyarakat Arab gemar minum susu pekat manis begitu sahaja.

Abu Ratib menerusi perkongsian di TikTok, berkata, orang ramai tidak perlu rasa pelik kerana ia adalah kebiasaan bagi masyarakat di sana.

“Jangan rasa pelik kalau nampak orang Arab minum susu pekat sebab dekat negara Arab memang kami makan macam ni ja.

“Bukan campur teh o atau makanan apa. Cuma kalau buat salad buah, kami letak sikit tapi kebanyakan makan macam ni,” katanya.

Namun kongsinya, harga susu pekat di negara Arab jauh lebih mahal berbanding di Malaysia.

“Memang mahal bukan macam dekat sini, murah. RM2 ke RM3, dekat Arab yang besar harga RM70 ke RM80, memang mahal sangat.

“Kami selalu beli yang tin kecil harga dalam RM20,” jelasnya sambil menunjukkan cara-cara meminum susu tersebut.

Hantaran lelaki itu menerima pelbagai respons orang ramai yang dilihat kurang senang dengan perkongsian berkenaan.

“Jangan ditiru ya adik-adik. Susu tin kat Arab asli susu lembu, susu tin Malaysia 90 peratus gula,” ujar seorang pengguna.

“Dia pi beritahu kata susu tin kat Malaysia murah pulak dah. Esok lusa harga naik la susu tin ni,” komen Jomlock.

“Saya ada dua orang kenalan gini la gila susu pekat. Tapi arwah dah kencing manis. Realiti,” kongsi @DoubleG.

“Abang yang makan susu pekat, kaki saya pula rasa dah kena potong,” usik Mr.fred. – KOSMO! ONLINE

@ratib1230 #fyp #foryou #viral #foryoupage #fypシ #fypシ゚viral #gila #susupekat ♬ original sound – ABU RATIB

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI