fbpx

Himpunan Selamatkan Malaysia: 11 Individu dirakam keterangan – Polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR – Polis selesai merakamkan keterangan 11 individu daripada 25 yang dikenal pasti menyertai Himpunan Selamatkan Malaysia yang diadakan hadapan kompleks beli-belah Sogo, di sini, kelmarin.

Antara yang dilihat hadir memberikan keterangan Ahli Dewan Tertinggi Muafakat Nasional (MN), Datuk Tun Faisal Ismail Aziz, Ketua Srikandi Muda Bersatu Malaysia, Nurul Fadzilah Kamaluddin serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Medan, Dr Afif Bahardin.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, setakat ini 11 individu telah hadir untuk dirakam keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, hari ini.

“Kita akan memanggil beberapa lagi individu untuk dirakam keterangan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sementara itu, Tun Faisal ketika ditemui selepas memberi keterangan berkata, beliau ditemani tiga peguam hadir untuk memberi keterangan berhubung penganjuran himpunan berkenaan.

Katanya, terdapat tiga soalan yang diajukan pihak polis termasuk laporan yang dibuatnya serta himpunan yang berlaku, kelmarin.

“Bagi saya ini adalah proses biasa yang dilaksanakan oleh polis walaupun sebenarnya pada pandangan saya siasatan ini tidak ada asas daripada segi undang-undang kerana Akta Perhimpunan Aman 2012 membenarkan kita menyuarakan pandangan dan berhimpun.

“Dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan juga membenarkan (kebebasan menyuarakan pendapat), tetapi apabila pihak polis sudah panggil (untuk diambil keterangan), sebagai warga negara Malaysia, kita beri kerjasama,” katanya.

Semalam, Kosmo! melaporkan, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay memaklumkan seramai 25 individu akan dipanggil polis bagi memberi keterangan berhubung Himpunan Selamatkan Malaysia.

Sementara itu, Noor Dellhan dalam kenyataan memaklumkan, satu kertas siasatan dibuka berhubung himpunan yang diadakan di hadapan kompleks beli-belah Sogo, di sini, kelmarin.

Katanya siasatan dijalankan mengikut Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012, Seksyen 4 (2) (b) Akta Perhimpunan Aman 2012, Seksyen 4 (2) (e), (f) Akta Perhimpunan Aman 2012. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI