fbpx

[VIDEO] Tengku Hassanal dihujani ucapan sempena hari keputeraan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Hassanal menyambut Ulang Tahun Keputeraan ke-28, hari ini.

PETALING JAYA – Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dihujani ucapan serta doa daripada rakyat sempena Ulang Tahun Keputeraan yang ke-28.

Meninjau media sosial khususnya di platform TikTok, orang ramai turut berkongsi video serta gambar Tengku Mahkota Pahang itu disamping mendoakannya.

“Selamat Hari Keputeraan Tengku Hassanal. Semoga dikurniakan kesejahteraan dan kesihatan yang baik sepanjang usia,” kata Carol Banding.

Tengku Hassanal juga tidak lekang dari bibir dan dekat di hati masyarakat Sabah dan Sarawak selepas Kembara Borneo yang diadakan bermula 3 hingga 13 September lalu.

“Happy Birthday Tengku Hassanal yang ke 28 tahun. Semoga dipanjangkan usia, sihat sihat selalu dan pertemukan jodoh sebaik bondamu. Semoga ada rezeki datang lagi ke Sarawak masa akan datang,” tulis page Made in Sarawak di Facebook.

“Happy Birthday Tengku Mahkota Tengku Hassanal kesayangan Kita Borneo Sarawak,” ujar Priscilla Nadin. – KOSMO! ONLINE.

@thyraah anakanda kesayangan mama turns 28 today ❤️ #tengkuhassanal #tengkumahkotapahang #tunkuazizah #permaisuriagong #fypppp ♬ Sempurna – DENII

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI