fbpx

Malaysia catat pelaburan diluluskan bernilai RM132.6 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nilai pelaburan yang diluluskan pada separuh pertama tahun ini bakal menawarkan peluang pekerjaan yang baik kepada penduduk di negara ini. -Gambar hiasan

PETALING JAYA – Malaysia telah berjaya menarik pelaburan yang diluluskan bernilai  RM132.6 bilion (AS28.4 bilion) dalam sektor perkhidmatan, perkilangan dan juga sektor utama dari bulan Januari hingga Jun tahun ini.

Nilai pelaburan tersebut melibatkan sebanyak 2,651 projek  dan dijangka menawarkan sehingga 51,853 peluang pekerjaan.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, disebalik berdepan dengan cabaran daripada permintaan global yang lembap dan persekitaran kadar faedah yang tinggi dalam pasaran tempatan tetapi Malaysia masih berjaya menguruskan pelaburan dan menarik pelaburan baharu dalam separuh pertama tahun ini.

“Saya gembira dengan pencapaian pada separuh pertama tahun 2023 dengan menjana sebanyak RM132.6 bilion mewakili 60.3 peratus daripada sasaran tahun sebelum ini. Pencapaian ini hampir mencerminkan purata 10 tahun kami iaitu RM222.6 bilion ini adala melalui usaha kami yang konsisten untuk menarik pelaburan berkualiti dan memacu pertumbuhan ekonomi.

“Melalui pertumbuhan yang stabil dalam tempoh separuh kedua tahun ini, kami berkeyakinan sasaran pada tahun ini akan dapat dicapai,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Selain itu, Tengku Zafrul menerangkan, pelaburan langsung domestik (DDI) menyumbang 52.2 peratus daripada jumlah pelaburan yang diluluskan atau RM69.3 bilion (AS$14.8 bilion), dipacu oleh pelaburan dalam sektor perkhidmatan, khususnya hartanah dan sektor utama.

Jelasnya, komitmen kerajaan untuk memastikan perumahan berkualiti untuk rakyat turut menjadi faktor utama pertumbuhan ini.

Tambah beliau,  MITI dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) kekal teguh dalam komitmen mereka untuk mencapai gabungan seimbang pelaburan langsung asing (FDI) dan DDI.

Gabungan keseimbangan tersebut jelas ditunjukkan dalam jumlah FDI yang menyumbang sebanyak 47.8 peratus atau RM63.3 bilion (AS$13.6 bilion) kepada pelaburan yang diluluskan.

Selain itu, sumber FDI negara adalah dari Singapura dengan pelaburan yang diluluskan berjumlah RM13.7 bilion (US$2.9 bilion), diikuti Jepun (RM9.1 bilion), Belanda (RM9.0 bilion), China (RM8.4 bilion) dan British Virgin Islands (RM7.1 bilion).

Lima negeri telah merekodkan pelaburan diluluskan yang ketara iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (RM31.7 bilion), Selangor (RM29.7 bilion), Kedah (RM14.6 bilion), Johor (RM14.2 bilion) dan Sabah (RM9 bilion ). -KOSMO!ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI