fbpx

Peruntuk RM5.5 juta bukan gula-gula PRK Pelangai – Wan Rosdy

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WAN ROSDY beramah mesra dengan orang ramai pada Sambutan Hari Malaysia peringkat negeri Pahang di Felda Chemomoi di Bentong hari ini.

BENTONG – Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM5.5 juta bagi melaksanakan pelbagai projek pembangunan dan infrastruktur rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, peruntukan itu membabitkan 32 projek pembangunan di beberapa perkampungan di kawasan DUN berkenaan.

“Baru-baru ini, saya ada berjumpa dengan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri meminta supaya ia diteruskan dan peruntukan itu telah diluluskan.

“Ini bermakna, saya hendak beritahu kepada semua, bahawa kedudukan ekonomi kita bertambah baik. Kalau tak, mana mungkin Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri boleh luluskan serta merta,”katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Sambutan Hari Malaysia Peringkat Negeri Pahang, di Felda Chemomoi, di sini hari ini.

Menurutnya kesemua 32 projek itu telah dirancang awal bagi memberikan kesenangan kepada rakyat dan bukannya disebabkan pilihanraya.

Katanya, peruntukan itu akan digunakan bagi melaksanakan pelbagai projek termasuk projek-projek pembangunan yang dimohon bekas ADUN Pelangai, Allahyarham Datuk Seri Johari Harun bagi membangunkan kawasan DUN Pelangai ini.

“Antaranya ialah pembinaan dewan terbuka serta kerja berkaitan di Kampung Baris serta Jawi Jawi sebanyak RM500,000, bina baru longkang di Kampung Hayat (RM200,000); bina baru jambatan di Kampung Bukit Gajah (RM500,000) dan menaiktaraf jalan di Kampung Chemomoi berjumlah RM500,000.

“Ini bukan gula-gula Pilihan Raya Kecil (PRK), bukan, kita dari dulu lagi kalau tiada pilihanraya pun tetap akan bagi (peruntukan). bantuan untuk anak-anak masuk sekolah pun kita teruskan juga, bukan sebab pilihan raya baru nak buat,”ujarnyaya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI