fbpx

Nahas Mak Lagam: Pemandu lori direman empat hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemandu lori (tengah) dibawa keluar dari kamar mahkamah selepas direman empat hari bagi membantu siasatan memandu melulu sehingga menyebabkan kematian di Mahkamah Sesyen Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Pemandu lori yang dikatakan terbabas lalu merempuh sebuah kenderaan pelbagai guna, Naza Citra sehingga mengorbankan tiga beranak semalam ditahan reman selama empat hari sehingga Selasa ini.

Lelaki berusia 44 tahun itu berasal dari Simpang Ampat, Perlis direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Perintah reman tersebut dibenarkan Hakim Wan Suhaila Mohd di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Terdahulu, suspek yang memandu lori membawa muatan pasir berkenaan telah merempuh kenderaan Naza Citra itu di Kilometer 154 Jalan Jerangau-Jabor berhampiran persimpangan Cheneh-Mak Lagam di sini semalam.

Kemalangan pada pukul 2 petang itu mengorbankan Ammir Hussein Mohamad, 38, dan dua anak lelakinya iaitu Ammzar Husszair Al Hussein,4, dan Ammzar Hussnayan Al Hussein,1.

Isteri Ammir Hussein, Norhafizah Sazwa Harun, 38, yang sedang hamil cedera pada bahagian perut.

Anak angkat mereka, Ammzar Hussniah Ammir Hussein Abdul Azim, 8, pula masih belum sedarkan diri dan telah dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

Jenazah Ammir Hussein dan dua anak lelakinya telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Jabur Kubur di sini pada pukul 1.30 pagi tadi. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI