fbpx

KPM bakal laksana garis panduan tangani buli, gangguan seksual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadhlina ketika berucap pada majlis Sambutan Hari Malaysia 2023 Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Batu Lintang di Auditorium IPG Batu Lintang, malam tadi.

KUCHING – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan melaksanakan dua garis panduan penting menangani isu buli dan gangguan seksual di sekolah dalam masa terdekat.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, garis panduan terbabit bagi memastikan kes buli dan gangguan seksual tidak berlaku di institusi pendidikan.

“Sebarang tindakan seperti buli, jenayah seksual dan perkauman tidak dibenarkan sama sekali berlaku dalam institusi pendidikan,” katanya ketika berucap pada majlis Sambutan Hari Malaysia 2023 Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Batu Lintang di Auditorium IPG Batu Lintang, malam tadi.

Dalam pada itu, beliau turut meminta agar penuntut IPG melaksanakan ulang kaji bagi memastikan isu terbabit dikuasai dengan lebih meluas.

“Anak-anak institut inilah yang akan memastikan ketiga-tiga perkara besar ini tidak berlaku dalam institusi kita. Saya berasa bangga kerana IPG Batu Lintang mempunyai 40 etnik dari Perlis hingga ke Sabah,” katanya.

Selain itu, Fadhlina menegaskan pihaknya memandang serius terhadap sebarang isu tular membabitkan pelajar mahupun pendidikan di negara ini.

Katanya, ia antara cabaran besar KPM sekali gus menuntut agar para pendidik untuk mengekalkan prinsip tegas dalam menapis sebarang maklumat mengenai perkara berkaitan.

“Cabaran besar kini iaitu fenomena ‘Tak Viral Tak Setel’ yang menuntut kita untuk menjadi lebih tegas terhadap penerimaan maklumat. Saya dapati isu pendidikan ini yang paling banyak ditularkan,” katanya.

Justeru katanya, usaha menangani isu tular membabitkan pendidikan amat perlu ditangani dengan baik, secara tidak langsung memberi perlindungan terhadap keselamatan pelajar dan juga guru. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI