fbpx
Seorang ibu bersama anaknya yang menelan lapan jarum di sebuah hospital di Peru baru-baru ini. - Foto JamPress

Kanak-kanak dua tahun telan lapan jarum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LIMA, Peru –  Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun berjaya diselamatkan oleh doktor selepas dia menelan lapan batang jarum di sebuah ladang, lapor portal berita MailOnline kelmarin.

Kanak-kanak yang tidak didedahkan identitinya itu sedang bermain di ladang tempat ibunya bekerja dekat Tarapoto, Peru, ketika dia menelan jarum yang digunakan untuk menyuntik lembu.

Imej X-ray mendedahkan kesemua lapan jarum berada di dalam sistem penghadaman pesakit dengan dua sangat dekat dengan rektum dan pundi kencing, manakala sekurang-kurangnya sebatang  jarum mencederakan usus kecilnya.

Mangsa dibawa ke hospital II-2 pada 9 September lalu  untuk mendapatkan rawatan.

Lapan jarum itu berjaya dikeluarkan dalam pembedahan hampir dua jam oleh pakar bedah, Efraín Salazar Tito.

Kanak-kanak tersebut diletakkan pada diet cecair selama beberapa hari untuk memberi masa supaya usus kecilnya sembuh. Dia dibenarkan pulang  beberapa hari kemudian. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN