fbpx

Dah macam orang sakit, sedut oksigen ganti kopi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penggunaan mesin oksigen menggantikan kopi semakin meningkat dalam kalangan pekerja di China. - SCMP

BEIJING, China – Golongan muda di China tertarik mengikuti trend baharu menggunakan mesin pembekal oksigen bagi membantu mereka untuk kembali bertenaga ketika bekerja.

Portal berita South China Morning Post melaporkan, topik bertajuk ‘oksigen lebih berguna daripada kopi’ menjadi popular di platform media sosial tempatan,  Xiaohongshu.

Seorang pengguna berusia 26 tahun memuat naik gambar dirinya menggunakan mesin oksigen mudah alih di pejabat supaya kekal bertenaga sehingga pukul 11 malam.

Pengurus produk di wilayah Hunan itu berkata, dia menyedut oksigen semasa waktu rehat dan kadang kala ketika bekerja untuk membantu mengekalkan fokus.

Seorang pelajar universiti berusia 21 tahun pula berkata, dia menggunakan mesin oksigen untuk menenangkan fikiran apabila berasa mengantuk ketika belajar.

Ia adalah pengganti paling baik untuk kopi yang berisiko meningkatkan kadar denyutan jantungnya, katanya.

Namun, sebilangan pekerja menganggap perbuatan itu sia-sia, malah tidak produktif.

“Malah keldai akan berehat selepas penat daripada kerja dan kini orang ramai membayar untuk udara yang kita sedut secara percuma dan semula jadi,” komen seorang netizen.

Seorang pakar pernafasan, Mou Xiandong dari Hospital Tsinghua Changgeng Beijing berkata, orang ramai juga berisiko mengalami kerosakan paru-paru atau keracunan oksigen. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI