fbpx

Buku peneman Anwar 11 tahun dalam penjara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar.

PETALING JAYA – “Penjara adalah satu tempat yang sangat tidak selesa, ia sukar sesetengah layanan khususnya di zaman Tun Dr. Mahathir Mohamad (Perdana Menteri) sangat kejam,” kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Melalui satu klip video yang dikongsi di laman sosial Facebook rasmi Perdana Menteri itu lagi, selama lebih kurang 11 tahun tempoh hukuman, beliau habiskan dengan membaca buku yang dikirim oleh sahabatnya dari serata dunia.

“Saya di penjara berseorangan lebih kurang 11 tahun, saya bermeditasi dan isi masa dengan membaca buku, semua buku dan baca apa sahaja.

“Ramai sahabat di serata dunia mengirim buku kepada saya, ada dari Amerika Syarikat (AS), Pakistan, India, Indonesia mereka akan menghantar buku untuk saya baca dan saya membaca.

“Saya baca sahaja apa yang saya boleh gapai, dari falsafah, agama ke ekonomi dan segala-galanya,” jelas beliau ketika sesi wawancara di Asia Summit di Singapura baru-baru ini.

Tambah beliau, dia sangat bertuah kerana memiliki isteri, anak-anak serta keluarga yang setia dan mencintai dan bersyukur hukuman penjara tersebut telah berakhir.

“Bolehkah anda bayangkan, saya di penjara seorang diri dalam kesakitan setelah dipukul. Kini saya berada di sini jadi saya akan lakukan yang terbaik,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI