fbpx

Penghantar makanan tular jalan kaki akan didakwa di mahkamah Disember ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar video memaparkan seorang pekerja 'Food Panda' berjalan kaki selepas motosikalnya disita JPJ negeri Sembilan dalam operasi di Persiran Negeri, Nilai di sini semalam. FOTO : IHSAN FACEBOOK.

SEREMBAN – Penghantar makanan (rider p-hailing) yang tular di media sosial berjalan kaki sambil menggalas beg makanan selepas motosikalnya disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan didakwa di Mahkamah Majistret Seremban pada bulan Disember nanti.

Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Hanif Yusabra Yusuf berkata, lelaki berusia 26 tahun itu diperintahkan hadir ke Mahkamah Majistret Seremban pada 18 Disember ini.

“Motosikalnya boleh diambil semula selepas fail siasatan dilengkapkan dan cukai jalan serta insurans diperbaharui.

“Dia ada didakwa di mahkamah atas kesalahan menunggang motosikal di atas jalan raya dengan Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh dan polisi insurans tidak berkuatkuasa,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam media melaporkan, JPJ mengesahkan sitaan terhadap motosikal milik penghantar makanan tersebut berikutan LKM kenderaan itu telah tamat tempoh sejak Februari lalu dan tiada insurans

Tindakan menyita motosikal dilakukan JPJ atas tujuan menjaga keselamatan penunggang itu sendiri dan pengguna jalan raya lain kerana tidak dilindungi insurans.

Kisah Muhammad Shahrul Shah, 26, mendapat perhatian selepas tular gambar dan videonya berjalan sambil menggalas beg makanan selepas motosikalnya dikatakan disita dalam satu sekatan jalan raya oleh JPJ Negeri Sembilan di Jalan Persiaran Negeri, Nilai pada 12 September lalu.

Pempengaruh, Aisar Khaled turut terkesan dengan kejadian itu dan membantu Muhammad Shahrul kurang 24 jam selepas videonya tular.

Melalui beberapa hantaran di Facebook , pempengaruh itu telah membawa penghantar maknanan itu ke sebuah kedai dipercayai bagi membeli motosikal baharu. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI