fbpx

Kakaktua pecah rekod dunia tunggang skuter terpantas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Chico menunggang skuter sejauh 5 meter dalam masa 14.58 saat. - Guinness World Records

SOFIA, BULGARIA – Seekor burung kakaktua berusia tujuh tahun memecah Guinness World Records sebagai burung nuri yang menunggang skuter paling pantas di dunia dengan catatan masa 14.58 saat, lapor agensi berita United Press International kelmarin.

Chico, yang merupakan haiwan peliharaan seorang penduduk Bulgaria, Kaloyan Yavashev, menunggang skuter sejauh 5 meter dalam masa 17.79 saat semasa mencipta rekod pertama.

Lima hari kemudian, ia mencatat rekod baharu apabila berjaya menunggang skuter sejauh 5 meter dalam masa 14.58 saat ketika dijemput ke program televisyen Itali, Lo Show dei Record.

Menurut Yavashev, sebagai penternak dan jurulatih profesional burung nuri, dia memelihara Chico semasa ia berusia tiga bulan dan sejak itu, haiwan tersebut mula menunjukkan bakat semula jadinya.

“Kami mula melatih Chico melakukan aksi-aksi lebih serius, namun ia mampu melakukan pelbagai perkara dengan mudah tanpa sebarang masalah,” kata Yavashev. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI