fbpx

Lelaki disangka monyet curi manggis cedera ditembak rakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Senapang patah yang dipercayai digunakan dalam kejadian tertembak seorang lelaki di kebun manggis di Kerteh, Kemaman, semalam.

KEMAMAN – Gara-gara disangka monyet, seorang lelaki cedera ditembak rakan sendiri sewaktu sedang memanjat sebatang pokok manggis di kebunnya di Kerteh, di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 11 pagi itu, tangan kiri mangsa berusia 54 tahun cedera terkena tembakan senapang patah yang dilepaskan rakan lelaki tersebut.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata, sewaktu kejadian, lelaki berkenaan sedang memanjat pokok bagi mengambil buah manggis.

“Suspek memasuki kebun itu sambil bawa selaras senapang patah dan lepaskan tembakan sebaik melihat pokok manggis itu bergoyang kerana disangkanya mangsa monyet yang mahu curi buah,” katanya dihubungi Kosmo!, hari ini.

Hanyan berkata, suspek terkejut objek yang ditembaknya sebenarnya merupakan rakannya dan mangsa mengerang kesakitan sebelum dikejarkan ke Hospital Kemaman di sini untuk menerima rawatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI