fbpx

Anwar sertai dua sesi khas Sidang Kemuncak Asia Ke-10 Milken Institute di Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan menyertai dua sesi khas pada Sidang Kemuncak Asia Ke-10 Milken Institute di Singapura, hari ini.

Kementerian Luar dalam kenyataan memaklumkan, dua sesi khas berkenaan ialah ‘A Conversation with the Prime Minister of Malaysia’ dan ‘Malaysia’s Investment Outlook: A Conversation between YAB Prime Minister and Global Investors.

Kedua-dua sesi itu turut disertai pemimpin-pemimpin industri global dan syarikat-syarikat pelaburan.

Di samping itu, Anwar turut dijadualkan bertemu dengan rakan sejawatnya, Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, dalam satu sesi minum petang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN