fbpx

Puvaneswaran, Suresh diburu polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suresh (kiri) dan Puvaneswaran (kanan) diburu pihak polis IPD Klang Selatan berhubung jenayah samun bersenjata parang.

KLANG – Dua lelaki kini diburu selepas terlibat dalam jenayah samun bersenjata parang dan melarikan wang tunai sebanyak RM1,000 bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, kedua-dua mereka dikenali sebagai M. Puvaneswaran, 31 dan A. Suresh, 38.

Katanya, mereka dikehendaki susulan kejadian jenayah dilakukan mereka yang berlaku pukul 5.45 petang pada 25 Ogos lalu di Taman Sentosa.

“Berdasarkan kejadian, dua mangsa termasuk warga asing yang berada di sebuah kedai telah didatangi dua suspek menaiki sebuah kereta jenis Perodua Myvi berwarna putih.

“Suspek telah masuk premis dan menetak salah seorang mangsa merupakan warga asing dengan parang sebelum melarikan sebuah kotak kecil berisi wang tunai RM1,000,” katanya hari ini.

Beliau menambah, bertindak maklumat kemudiannya membawa penangkapan tiga suspek termasuk seorang wanita berusia 24 hingga 37 tahun di beberapa lokasi sekitar daerah ini pada empat hari kemudian.

Justeru, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung dua suspek yang diburu itu agar menyalurkannya kepada Ibu Pejabat Daerah (IPD) ini di talian 03-33762222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI