fbpx

Fasa ketiga Bertam Resort and Water Park mula Oktober ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Fuzi (tengah) bersama Mohamed Iqbal (kanan) dan Mohamad ketika Majlis Perasmian Bertam Resort and Water Park di Kepala Batas, malam tadi.

SEBERANG PERAI – Projek pembangunan fasa ketiga Bertam Resort and Water Park yang melibatkan pembinaan 16 unit vila mewah dijangka bermula bulan depan.

Berkonsepkan ‘wellness’ atau penjagaan kesihatan secara berpusat, salah satu daripada 16 unit vila itu juga akan dijadikan ‘club house’ untuk tetamu yang menginap di situ.

Pengarah Urusan Maritime Waterfront Suites Sdn. Bhd. selaku pemilik projek, Datuk Mohamed Iqbal S. Habeeb Noohu berkata, kos untuk membangunkan vila-vila itu pula dianggarkan mencecah RM7 juta dan ia dijangka mengambil masa antara enam hingga sembilan bulan untuk disiapkan.

“Untuk pengetahuan, Bertam Resort and Water Park ini melibatkan tiga fasa pembinaan. Fasa pertama ialah ‘water park’ (taman tema air) itu sendiri diikuti resort yang dilengkapi dengan 300 bilik dan kini fasa seterusnya ialah melibatkan pembinaan vila,” katanya.

Beliau ditemui pemberita pada Majlis Perasmian Bertam Resort and Water Park Penang yang disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak di Kepala Batas di sini.

Hadir sama ialah Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Mohamad Abdul Hamid dan selebriti terkenal, Datuk Aznil Nawawi atau dikenali sebagai Pak Nil.

Selain gimik pelancaran, turut diadakan pada majlis yang sama ialah penyerahan sijil Malaysia Book of Records kepada Bertam Resort and Water Park kerana memiliki kolam renang terpanjang dalam sebuah bilik hotel serta penyerahan sumbangan sebanyak RM10,000 daripada resort dan taman tema air itu kepada Yayasan Amal Tuan Yang Terutama (TYT) Pulau Pinang.

Mengulas lanjut, Mohamed Iqbal berkata, sehingga kini, pihaknya telah membelanjakan sebanyak RM90 juta termasuk bagi menyiapkan kedua-dua fasa terawal itu.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI