fbpx

DNAA Zahid: Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen panggil Peguam Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid.

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (JKPK) Ke-15 Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi akan memanggil Peguam Negara bagi memberi penjelasan berhubung keputusan melepas tanpa membebaskan (DNAA) Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Pengerusinya yang juga Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen berkata, satu laporan akan dibentangkan kepada Dewan Rakyat sebaik selesai prosiding itu selesai.

“Saya akan panggil kedua-dua Peguam Negara (Datuk Ahmad Terrirudin Mohd. Salleh dan bekas Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun) untuk memberikan penjelasan.

“Kita akan bentangkan laporan selepas siasatan dibuat,” katanya ketika membahaskan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat hari ini.

Ahli Parlimen pembangkang hari ini berterusan mempersoalkan tindakan Speaker, Tan Sri Johari Abdul menolak usul tergempar dibawa Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) semalam.

Usul tergempar itu meminta sidang Dewan Rakyat ditangguhkan mengikut Perkara 18(1) dan (2) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat bagi memohon penjelasan daripada Peguam Negara mengenai keputusan DNAA Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri daripada 47 pertuduhan rasuah berkait Yayasan Akalbudi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI