fbpx

Jururawat tulis terbalik, kemas curi perhatian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang jururawat mencuri perhatian ramai apabila berkebolehan menulis secara terbalik dengan tulisan yang kemas.

PETALING JAYA – Seorang jururawat mencuri perhatian ramai apabila memiliki kebolehan menulis secara terbalik.

Bukan itu sahaja, tulisannya seperti yang dikongsikan Einafaizal di TikTok, dilihat agak cantik dan kemas.

“Buku terbalik tu, berapa tahun dah tegur tapi macam ni juga gayanya,” tulisnya pada kapsyen video tersebut.

Ramai pengguna turut memuji kelebihan yang ada pada jururawat itu malah tidak kurang juga yang berpendapat, hanya golongan kidal yang memiliki bakat berkenan.

“Tulis terbalik pun tulisan cantik,” puji Itssme.

“Aku kat hospital hari tu pun nampak jururawat tulis terbalik macam ni. Memang bakat jururawat kot,” kata seorang lagi pengguna.

“Macam saya tulis ni. Hanya orang kidal sahaja boleh buat macam ni,” komen @MmyEyza.

“Anak buah aku tangan kidal boleh tulis terbalik. Bakat orang ni lain-lain kan,” ujar Dia.

“Kalau tak silap, kebanyakan saya jumpa jenis tulis macam ni semua kidal,” kongsi ShopNaaz. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI