fbpx

Culik, bunuh kenalan: Wanita antara tujuh suspek ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Polis berjaya menahan tujuh individu termasuk seorang wanita bagi membantu siasatan penemuan mayat lelaki dalam kereta di Batu 14, Puchong, Subang Jaya, 6 September lalu.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, tangkapan pertama dibuat membabitkan empat lelaki pada hari kejadian.

“Tangkapan seterusnya melibatkan suspek kelima (lelaki) ditahan Jumaat lalu dan direman sehingga esok, manakala suspek keenam (wanita) ditahan pada Sabtu direman sehingga Rabu.

“Suspek ketujuh pula ditahan di Johor, semalam untuk membantu siasatan dan direman hingga Rabu ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan empat lelaki ditahan selepas disyaki terlibat kes culik dan bunuh kenalan sebelum meninggalkan mayat mangsa di dalam sebuah kereta berhampiran stesen minyak di Batu 14, Puchong, Subang Jaya 6 September lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid dilaporkan berkata, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah (D9) Daerah Cheras membuat tangkapan ke atas empat suspek lelaki tempatan berusia lingkungan 27 hingga 35 tahun.

Menurut beliau, satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 365 Kanun Keseksaan.

Selain itu, Allaudeen memaklumkan, bagi kes kematian suspek disiasat oleh IPD Subang Jaya di bawah Seksyen 302 kanun yang sama atas kesalahan membunuh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI