fbpx

[VIDEO] Ayah gigih berguling ajar anak meniarap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Video tular yang memaparkan gelagat seorang bapa mengajar anaknya meniarap.

PETALING JAYA – Gelagat seorang bapa yang sanggup berguling berkali-kali untuk mengajar anaknya meniarap dalam sebuah video tular di laman TikTok, mencuit hati rakyat Malaysia.

Dalam video berdurasi empat minit 24 saat itu, si bapa sempat menunjukkan demonstrasi sambil tidak putus-putus memberi semangat kepada anaknya yang sedang meniru aksi-aksinya.

“Aisyah, tengok ayah. Duduk macam ini, lepas tu guling.

“Aisyah boleh, Aisyah boleh!,” kata ayahnya dalam video tersebut.

Lebih menggembirakan, anaknya Aisyah berjaya meniarap sendiri pada penghujung video.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengguna berasa tersentuh hati dan meluahkan rasa gembira melihatkan keakraban mereka sekeluarga.

“Berkat kesabaran dan semangat daripada bapa, akhirnya anak berjaya meniarap. Ayahnya pun, kelakar betul masa buat contoh,” komen Munirah.

“Aku pun ikut sorak sekali ini. Sikit lagi, sikit lagi!,” kata Haslinda.

“Pandainya anak, seronok tengok. Doakan saya mendapat cahaya mata. Sudah lima tahun menunggu,” kata seorang lagi pengguna.

Kini, hantaran tersebut telah menerima 197,700 tanda suka dan 4,089 komen. – KOSMO! ONLINE

@whoopzthereaper #baby #babyofthefamily #notmyvideo ♬ original sound – 𝒘𝒉𝒐𝒐𝒑𝒛

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI