fbpx

Skuad B-23 hanya fokus kepada kemenangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TIERNEY (tiga dari kanan) giat menjalani latihan bersama rakan-rakan sepasukan menjelang aksi menentang Filipina di Stadium Chonburi, Thailand petang ini. – FAM

PENYERANG skuad bawah 23 tahun (B-23) negara, Fergus Tierney enggan meletakkan pasukan berada dalam situasi tertekan dengan memikirkan tentang kemenangan besar ke atas Filipina di Stadium Chonburi, petang ini.

Sebaliknya hanya kemenangan yang menjadi fokus utama Tierney dan tiga mata adalah perkara paling mustahak untuk diraih, sekali gus cuba mengintai peluang ke pusingan akhir Piala Asia B-23 tahun depan.

“Hasrat kita pada aksi dengan Bangladesh sudah jadi kenya­taan, kita dapat tiga mata walaupun tidak mampu jaringkan lebih banyak gol dan gagal beraksi lebih baik.

“Sekarang kita teruskan latihan untuk hadapi Filipina dan misinya tetap sama iaitu dapatkan tiga mata. Saya tidak fikir tentang berapa banyak kita mahu jaringkan gol tetapi hanya fikir tentang kemenangan.

“Sama ada 1-0 atau 5-0 bagi saya adalah sama. Yang penting kita mahu menang setiap perlawanan,” katanya semalam.

Pada aksi pertama sebelum ini, Filipina tewas 5-0 kepada Thailand dan pastinya pertemuan kedua kali ini dianggap detik penentu kepada skuad kendalian E. Elavarasan.

Sementara itu, bintang tengan skuad B-23 negara, Nooa Laine pula tidak menganggap kehadi­rannya ke Thailand untuk sekadar bercuti, namun mahu menghadirkan kejayaan buat Malaysia.

Walaupun tidak dapat menyertai latihan penuh pasukan sejak mula dikumpulkan pada 30 Ogos lalu, Laine tetap bermotivasi merebut tempat kerana enggan sekadar jadi penumpang kepada skuad kali ini.

“Memang bukan minggu yang penuh (berlatih bersama pasukan), namun tiga hari sudah cukup. Target saya adalah untuk bermain dan beraksi pada pertandingan kali ini.

“Saya percaya ia juga target semua orang. Sekarang saya rasa cukup bagus selepas harungi perjalanan jauh dan pastinya saya mahu beri sehabis baik untuk bantu pasukan raih kemenangan,” katanya.

Sebanyak 16 pasukan terdiri daripada 11 pasukan juara kumpulan dan empat pasukan tempat kedua terbaik akan layak ke pusingan akhir Piala Asia B-23 di Qatar, tahun depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

RSS Error: A feed could not be found at `https://www.relevan.com.my/feed`; the status code is `404` and content-type is `text/html; charset=iso-8859-1`