fbpx

Kor Suksis digalak sertai PDRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian 690 pelatih Kor Suksis yang menerima pentauliahan pada majlis tamat tauliah di UniSZA, Kuala Nerus hari ini.

KUALA NERUS – Pegawai-pegawai Kor Sukarelawan Simpanan Polis Siswa Siswi (Suksis) dari universiti awam digalakkan untuk menyertai profesion dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Datuk Seri Aidi Ismail berkata, pegawai Kor Suksis sudah mempunyai asas kepolisan menerusi latihan selama tiga tahun.

Beliau berkata, setakat ini, seramai 18,332 pegawai telah berjaya dilahirkan sejak penubuhan Kor Suksis pada tahun 2002 di universiti awam seluruh negara dengan pentauliahan anugerah berpangkat inspektor.

“Sepanjang bergelar pelatih Kor Suksis selama enam semester, pelatih telah didedahkan dengan pendidikan serta latihan sebagai anggota polis. Itu menjadi kelebihan sewaktu proses saringan atau temuduga kelak.

“Mereka juga dididik dengan semangat jati diri yang tinggi dan ketika ini, seramai 3,437 orang pelatih lagi di 31 buah universiti awam seluruh negara sedang menjalani latihan di pusat pengajian masing-masing,” katanya di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI