fbpx

Kanak-kanak perempuan maut tercekik anggur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

MELAKA – Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun disahkan meninggal selepas 10 hari bertarung nyawa di Hospital Melaka susulan tercekik sebiji anggur dalam kejadian di Taman Merbok, Bukit Katil, di sini.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, mangsa, Nur Aryanna Danisha Muhamad Shaizat meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) pukul 9.23 pagi tadi.

Katanya, hasil soal dengan Pegawai Perubatan Hospital Melaka, kanak-kanak berkenaan telah dipindahkan daripada sebuah hospital swasta ke Hospital Melaka kira-kira pukul 8.18 malam pada 31 Ogos lalu.

“Kanak-kanak berkenaan sebelum itu mendapatkan rawatan awal di sebuah hospital swasta di Bukit Katil selepas keluarganya menyedari dia tercekik semasa makan buah anggur.

“Doktor di sana berjaya mengeluarkan buah anggur tersebut, namun pesakit dalam keadaan tidak stabil dan perlu menggunakan alat bantuan pernafasan. Justeru dia dipindahkan ke wad PICU Hospital Melaka,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan di sini, tadi.

Ujarnya, mangsa disahkan meninggal dunia dengan punca kematian adalah ‘Hyporxic Ischaemic Encephalopathy secondary to choking’.

“Pihak Hospital Melaka bagaimanapun tidak membuat laporan polis berkenaan kematian tersebut dan setakat ini, tiada laporan polis dibuat oleh pihak keluarga kanak-kanak berkenaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI