fbpx

Isu 3R terus dimainkan pihak tidak bertanggungjawab – Ayob Khan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AYOB KHAN menyantuni pengundi PRK Parlimen Pulai di MSAB Johor Bahru, hari ini.

JOHOR BAHRU – Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay akui sukar menghalang komen-komen berkaitan isu 3R dikeluarkan mana-mana pihak, termasuk kepimpinan parti politik.

Namun begitu, pihaknya akan terus memantau kenyataan-kenyataan sedemikian bagi memastikan tiada mana-mana pihak mengeksploitasi perkara tersebut demi kepentingan mereka.

“Komen berhubung isu 3R ini, saya rasa akan berterusan bukan semasa pilihan raya sahaja. Selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu dan Pilihan Raya Kecil (PRK) ini, mungkin semasa Pilihan Raya Umum (PRU) akan dimainkan lagi. Pasti ada individu yang tidak bertanggungjawab daripada semua lapisan masyarakat melakukan perkara ini.

“Pihak berkuasa termasuk polis telah beri amaran banyak kali, nasihat sudah banyak kali tetapi masih ada lagi yang gunakan kesempatan untuk mengeksploitasi demi kepentingan politik mereka,” katanya selepas meninjau proses pengundian sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai di Maktab Sultan Abu Bakar (MSAB), di sini hari ini.

Sementara itu, beliau turut memberitahu siasatan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tan Sri Abdul Hadi Awang akan diteruskan.

“Kita sudah ambil kenyataan Tan Sri Abdul Hadi, manakala Tan Sri Muhyiddin kita akan ambil kenyataan pada 12 September ini. Lokasi di Bukit Aman, Kuala Lumpur.

“Tan Sri Muhyiddin kita sudah buka dua kertas siasatan susulan isu fatwa haram, manakala Abdul Hadi pula kita surah rujuk kertas siasatan kepada Pejabat Peguam Negara kerana mempertikai kuasa Lembaga Pengampunan,” ujarnya lanjut.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI