fbpx

Dominic nafi buat pusingan U isu Hadis 40

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DOMINIC LAU (tengah) mengadakan sidang akhbar di Ibu Pejabat Gerakan Johor di Skudai, Johor Bahru, hari ini.

JOHOR BAHRU – Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Dominic Lau Hoe Chai menafikan pihaknya membuat pusingan U berhubung pelaksanaan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi.

Sebaliknya beliau berkata, salah faham timbul ekoran kelemahan komunikasi Menteri Pendidikan Malaysia, Fadhlina Sidek semasa membuat pengumuman awal berhubung perkara tersebut.

“Saya tidak ada membuat sebarang u-turn atau apa-apa berhubung isu tersebut, sebaliknya pendirian kita kekal bahawa modul tersebut tidak diajar kepada murid-murid bukan Islam di negara ini.

“Sebab apa saya bangkitkan soal tersebut adalah kerana pada awalnya, Menteri Pendidikan tidak memaklumkan modul itu hanya dilaksana di sekolah agama dan melibatkan pelajar Islam sahaja.

“Jika diberi penerangan dengan betul, sudah tentu saya setuju kerana ia untuk sekolah agama, murid Muslim dan Melayu. Kita tiada halangan sama sekali kerana itu hak mereka,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Parti Gerakan Johor, di Skudai, di sini hari ini.

Sehubungan itu, Dominic memberitahu tiada keperluan buat Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengadakan sesi dialog bersama pihaknya dan Gerakan untuk menjelaskan perkara tersebut.-KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI