fbpx
Kamisah menunjukkan gambar Iman yang berjaya memenangi tempat pertama pakaian sempena bulan kemerdekaan Pasti Al Hasan, Taman Desa Port Dickson. FOTO/ NOR AINNA HAMZAH

Budak 4 tahun maut selepas juara pertandingan pakaian merdeka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PORT DICKSON – Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun yang maut dilanggar pemandu kenderaan mewah warganegara Singapura di kilometer 16 Jalan Sua Betong -Air Kuning, di sini, kelmarin rupa-rupanya baharu sahaja memenangi tempat pertama bagi pakaian sempena bulan kemerdekaan.

Dalam kejadian berkenaan, Muhammad Shaheizy Iman Muhammad Shazrein, 4, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di zon merah Hospital Port Dickson manakala bapanya berusia 26 tahun mengalami kecederaan parah iaitu patah bahu dan kaki kanan.

Menurut salah seorang guru Pasti Al Hasan, Taman Desa Port Dickson, Kamisah Abu Bakar, 44, sehari sebelum kejadian, kanak-kanak berkenaan berjaya mendapat tempat pertama dan menewaskan 12 lagi kanak-kanak tadika yang lain.

“Tentu sahaja, Iman (arwah) gembira dan mengikut cerita keluarganya, sebaik pulang ke rumah, Iman teruja menceritakan kemenangan itu kepada datuknya di rumah dan meminta jam Spiderman sebagai hadiah.

“Masa ambil gambar menang tu, Iman sedikit pun tak senyum. Ikutkan Iman ini sebenarnya seorang yang pemalu, namun, dalam tempoh masa dua bulan ditempatkan di tadika ini, dia sudah bijak berinteraksi dengan kawan-kawan dan mengikut arahan guru,” katanya ketika ditemyi di Taman Desa Port Dickson, di sini, hari ini.

Menurutnya, bapa Iman kini masih lagi dirawat di hospital kerana mengalami kecederaan patah di bahagian bahu dan tidak dapat bangun semasa hari kejadian.

Semalam, media melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun yang baru pulang dari tadika maut selepas motosikal dibonceng bersama bapanya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta Mercedes di Kilometer 16 Jalan SUA Betong -Air Kuning.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI