fbpx

28 pelajar sekolah cedera disengat lebah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa yang cedera akibat disengat lebah di Sungai Lopor, Hulu Langat, Kajang, hari ini.

KAJANG -Seramai 28 pelajar dikejarkan ke klinik ekoran disengat lebah ketika melakukan program anjuran sekolah di Sungai Lopor, Hulu Langat, di sini, hari ini.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Selangor dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima laporan kejadian tersebut sekitar pukul 1.54 tengah hari tadi.

Katanya, seramai enam anggota digerakkan ke lokasi kejadian bagi membantu mangsa yang terlibat.

“Setibanya di lokasi, terdapat 28 mangsa yang terdiri daripada pelajar didapati cedera disengat lebah.

“Beberapa agensi terlibat berada di lokasi antaranya ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Pertubuhan Bantuan Perubatan Kecemasan (TEMS), Bomba dan Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu, seramai 18 mangsa dihantar ke Klinik Kesihatan Batu 14, di sini menggunakan ambulans APM untuk rawatan lanjut.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan melibatkan mangsa,” katanya.

Terdahulu, sekumpulan pelajar sekitar 100 orang serta beberapa guru dari Sekolah Menengah di Shah Alam sedang menjalani Kem Kepimpinan Transformasi Pengawas di sebuah resort berdekatan.

Difahamkan, program berkenaan berlangsung dari semalam sebelum berakhir pada esok.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI