fbpx
Sebahagian motosikal Yamaha RXZ yang disita polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu, Kuala Terengganu hari ini.

100 motosikal Yamaha RXZ laku kesalahan trafik disita PDRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Lebih 100 motosikal Yahama RXZ milik individu yang mahu menyertai himpunan di Gong Badak, Kuala Nerus hari ini disita polis atas pelbagai kesalahan.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan berkata, operasi penguatkuasaan itu diambil menerusi Op Bersepadu di seluruh negeri ini selama empat hari bermula Khamis lalu.

Beliau berkata, tindakan tegas terpaksa diambil setelah mendapati sebahagian penunggang motosikal RXZ tersebut melakukan kesalahan trafik.

“Antara kesalahan trafik yang ketara ialah tidak memiliki lesen memandu dan mengubah suai motosikal dan nombor pendaftaran tanpa spesifikasi ditetapkan.

“Kita juga mengesan kesalahan tidak memiliki cermin sisi dan tiada brek belakang,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Terdahulu tular gambar dan video di laman media memaparkan sekatan jalan raya (SJR) menyasarkan penunggang motosikal Yamaha RXZ yang dalam perjalanan menyertai himpunan peminat motosikal jenis tersebut peringkat kebangsaan.

Mazli berkata, beliau menjangkakan lebih banyak motosikal Yamaha RXZ akan disita memandangkan operasi bersepadu bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) itu akan diteruskan sehingga esok.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN