fbpx

[VIDEO] Polis buru suspek samun pelanggan bank

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar rakaman CCTV memaparkan seorang lelaki bertindak mengacukan pisau ketika menyamun pelanggan sebuah bank di sini Mei lalu.

IPOH – Polis sedang mengesan seorang lelaki disyaki terlibat dalam kejadian samun bersenjata di sebuah bank di sini, yang rakaman insiden tersebut tular di media sosial sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, siasatan mendapati, kejadian itu berlaku pada pukul 5.20 petang, di ruang mesin pengeluaran wang automatik (ATM) bank berkenaan pada 14 Mei lalu.

Katanya, dalam kejadian itu, seorang wanita berusia lingkungan 50-an kerugian RM300 selepas disamun lelaki bersenjatakan pisau dan memakai topi keledar.

“Setakat ini tiada kecederaan dilaporkan melibatkan mangsa. Operasi khas kini dijalankan pihak polis bagi mengesan suspek.

“Tangkapan terhadap suspek itu nanti dipercayai boleh membantu kita dalam menyelesaikan kes-kes jenayah kekerasan lain,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, Deputi Superintenden Mohd. Zulkefli Muhd. Muktar di talian 012-4336999.

“Maklumat juga boleh disalurkan dengan menghubungi Pusat Kawalan IPD Ipoh di talian 05-2542222,” katanya.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan kerana samun bersenjata.

Terdahulu, tular di media sosial rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan tindakan suspek menghampiri dua individu yang sedang melakukan transaksi di mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sambil menghunuskan pisau. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI