fbpx

[VIDEO] Lelaki sebak, syukur Agong tidak murka panggil singkatan ‘Gung’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video penjelasan seorang pengguna TikTok @abasdaniell berhubung singkatan panggilan 'Gung' kepada Yang di-Pertuan Agong.

PETALING JAYA – Seorang lelaki dari Tawau, Sabah bersyukur apabila Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tidak berkecil hati apabila kesilapannya menggunakan panggilan singkatan ‘Gung’ kepada Yang di-Pertuan Agong.

Menerusi TikTok @anasdaniell, lelaki itu memuat naik video penjelasannya semalam selepas orang ramai berkongsi ucapan Al-Sultan Abdullah yang terhibur dengan pelbagai panggilan daripada rakyat Sabah sepanjang Kembara Kenali Borneo di negeri itu.

“Saya bersyukur kepada Allah, ada viral ucapan Yang di-Pertuan Agong mengenai perkataan saya, ‘Gung salam boleh Gung’. Alhamdulillah, nampaknya Agong tidak marah dan tidak berkecil hati.

“Minta maaf atas kelancangan saya sebab masa itu saya sangat teruja. Tidak sangka pula agong berhenti dan saya sangat gembira. Saya sedih dan alhamdulillah Yang di-Pertuan Agong memahami.

“Sebelum viral ucapan Agong, saya sedikit gentar sebab baca komen-komen, iyalah terasa juga hati. Orang tak faham keadaan itu dan alhamdulillah, ada juga yang faham dan saya ucap terima kasih,” katanya menerusi hantaran video tersebut.

Menceritakan situasi tersebut, dia memberitahu terlalu teruja apabila Al-Sultan Abdullah berkenan memberhentikan kenderaan serta bermesra bersama rakyat yang sedia menunggu.

“Kalau kamu berada dalam situasi masa itu, mungkin kamu akan cepat-cepat kejar Agong. Orang istana tu, bukan sembarangan, bukan datuk, menteri. Orang istana yang susah kami nak jumpa.

“Alhamdulillah, aku antara orang bertuah dalam bumi Tawau dapat sentuh tangan baginda dan paling bertuah. Sebelum itu (bercakap) di dalam hati, ‘semoga Tuanku jawab salamku’. Tuanku jawab salam dan saya terkejut lagi sehingga lupa protokol dan lupa mahu cakap (minta izin) ‘Tuanku boleh salam?’.

“Saya terlupa semua itu, saya terkejuut Tuanku berhenti. Bayangkan kawan-kawan orang tertinggi negara berhenti mahu berjumpa kita. Macam Tawau ini kawan-kawan, mana ada Agong,” katanya.

Dia berkata, ucapan Al-Sultan Abdullah pada Majlis Santapan Malam Kerajaan Negeri Sabah sempena di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) membuktikan baginda tidak marah dengan pelbagai panggilan daripada rakyat sewaktu di Sabah.

“Terima kasih Tuanku kerana video (ucapan) ini bukti Tuanku tidak marah kepada saya, Tuanku tidak marah kepada rakyat yang sampai lupa beradab (protokol),” katanya.

Semalam Kosmo! melaporkan, Al-Sultan Abdullah menzahirkan rasa terhibur dengan ada yang memanggil baginda ‘Pakcik Agong’ dan ‘Abang Agong’ sepanjang Kembara Kenali Borneo di Sabah.

“Saya terharu apabila anak muda panggil saya Pakcik Agong, ada juga yang panggil saya Abang Agong, ada juga panggil gong, gong, gong.

“Tetapi sekurang-kurangnya semua ini menghiburkan saya. Raja Permaisuri Agong juga (dipanggil) Datin Permaisuri, ada pujian-pujian kepada isteri saya, ooh cantik sekali, alhamdulillah,” titah baginda pada majlis tersebut. – KOSMO! ONLINE.

@anasdaniell Alhamdulillah Terima kasih Tuanku dgn Viral video Tuan ku sy Tenang Hati .. Daulat Tuanku#tawaufm #fypdongggggggg #fypシ #tawau #fyp #Rtmtawau #daulattuanku #erasabahtiktok #maaf ♬ Healing Song – Piano Peace

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI