fbpx

[VIDEO] Ketampanan Tengku Muhammad buat orang Sabah tidak boleh ‘move on’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar klip video yang memaparkan beberapa aksi Tengku Muhammad sepanjang lima hari berada di Sabah sempena Kembara Kenali Borneo.

PETALING JAYA – Rata-rata rakyat Sabah teruja dengan ketampanan Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah sehingga ramai yang tidak boleh ‘move on’ walaupun Kembara Kenali Borneo di Sabah berakhir semalam.

Menerusi satu perkongsian di laman TikTok @Sis Lyen, individu tersebut telah berkongsi beberapa keping gambar dan klip video yang memaparkan perjalanan Tengku Muhammad Iskandar sepanjang lima hari berada di Sabah.

“Kami rakyat Sabah masih belum dapat ‘move on’, maafkan kami.

“Terima kasih Tengku sudah menceriakan rakyat Sabah selama lima hari,” tulis individu tersebut.

Susulan perkongsian itu, pelbagai reaksi dan komen telah ditinggalkan pengguna yang turut sama berkongsi keterujaan mereka dapat berjumpa dengan Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri Agong serta anakanda baginda berdua.

“Tengku Muhammad betul-betul telah menambat hati rakyat di Sabah,” tulis @CikNoMa.

“Orang Sabah meminati Tengku lebih dari artist Korea. Bukan setakat ‘handsome’ tapi baik hati berjiwa rakyat,” kata @cb680501.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai @Fauziana_haini.

“Saya di Perak pun belum boleh ‘move on’,” jelasnya.-KOSMO! ONLINE.

@mizzlyen Terima kasih tengku sdh menceriakan rakyat sabah selama 5hari ni😍🤩 #tengkumuhammadiskandarriayatuddinshah #kembarasabah #ydpa #ydpasultanabdullah #sabahancrew_fams #beaufort #sabah #fyp ♬ Sumpah dan cinta matiku – Nidji

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI