fbpx

Gigi patah ditampar kerana berebut kekasih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua pembantu kedai makan (dua dan tiga dari kanan) ditahan reman kerana disyaki mencederakan kenalan di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu semalam.

KUALA TERENGGANU – Gara-gara cemburu, dua pembantu kedai makan wanita ditahan polis kerana dipercayai menampar seorang kenalan mereka sehingga patah giginya pada Isnin lalu.

Dalam kejadian pada pukul 12.46 tengah malam itu, mangsa yang berusia 19 tahun mendakwa ditampar kedua-dua pipinya di muara Jambatan Angkat Kuala Terengganu di sini.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md. Din berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua suspek berusia 40 dan 23 tahun tidak berpuas hati dengan mangsa berhubung isu teman lelaki.

“Mangsa membuat laporan berhubung kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu di sini pada pukul 4 pagi, Isnin lalu.

“Dia kemudiannya menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Abdul Rahim berkata, kedua-dua suspek kemudiannya berjaya ditahan di sebuah kedai makan di bandar raya ini pada pukul 2.15 petang, kelmarin.

Beliau berkata, mereka ditahan reman sehingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI