fbpx
ABDURRAHMAN (duduk) ditenangkan selepas jenazah enam ahli keluarganya dikebumikan di Muar pada Sabtu lalu.

Kutip derma di TikTok guna nama waris enam beranak maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEGAMAT – Mengambil kesempatan atas kesedihan orang lain.

Itulah nasib yang ditanggung Abdurrahman Amir Ruddin, 19, apabila ada pihak tidak bertanggungjawab mengutip sumbangan tanpa kebenaran di media sosial berikutan kematian ibu dan bapa serta empat adik-beradiknya dalam nahas ngeri minggu lalu.

Ibu saudara Abdurrahman, Norhayati Noor Muhammad berkata, dia mengesan kewujudan beberapa akaun di TikTok dan Facebook yang menggunakan nama anak saudaranya bagi tujuan mengumpul derma k­ononnya untuk membantu meringankan remaja berusia 19 tahun itu baru-baru ini.

“Beberapa hari lalu, saya mengesan ada beberapa akaun di TikTok menggunakan nama anak saudara (Abdurrahman) untuk mengutip sumbangan.

“Saya menghubungi Abdurrahman bagi memaklumkan mengenai perkara itu dan dia beritahu tidak pernah membenarkan sesiapa untuk membuat kutipan wang tersebut.

“Dia (Abdurrahman) juga ada mendapat tahu mengenai perkara ini di Facebook yang mana ada individu menggunakan namanya bagi tujuan sama,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Menurut Norhayati, sebagai ahli keluarga remaja itu, dia berasa terkejut dan kesal dengan tindakan mereka yang tidak sensitif memandangkan Abdurrahman baru sahaja kehilangan enam ahli keluarganya pada Jumaat ming­gu lalu.

“Mereka ambil kesempatan atas kesedihan keluarga kami,” katanya.

Norhayati memberitahu, mereka sekeluarga masih bersedih dengan kejadian mengejut yang meragut nyawa enam sekeluarga termasuk adik perempuannya dalam nahas di Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan meskipun sudah hampir seminggu berlalu.

Jelas beliau, orang ramai yang ingin menyalurkan sumbangan kepada Abdurrahman dan adiknya, Abdullah, 15, yang kini dirawat di Hospital Segamat boleh berbuat demikian menerusi akaun Maybank miliknya yang bernombor 501525082499.

KEADAAN MPV Perodua Alza yang remuk selepas terbabit dalam kemalangan bersama empat kenderaan lain
sehingga mengorbankan enam nyawa di Segamat, Jumaat lalu.

Dalam perkembangan lain, Norhayati memaklumkan, Abdullah yang dirawat di Hospital Segamat menunjukkan perkembangan positif semalam.

“Doktor sudah menanggalkan wayar yang dipasang semalam (kelmarin). Dia (Abdullah) bernafas seperti biasa, namun memerlukan pemantauan rapi.

“Hari ini (semalam) alhamdulillah tangan dan kakinya sudah bergerak, tetapi apabila doktor memintanya membuka mata, masih tiada respon,” ujarnya.

Abdullah yang merupakan pelajar Maahad Tahfiz al-Quran Al-Muhammadi di Kundang Ulu, Bukit Gambir, Muar dekat sini merupakan satu-satu mangsa yang terselamat dalam kemalangan yang meragut enam ahli ke­luarganya.

Dalam kejadian pada pukul 6.37 petang itu, ibu Abdurrahman, Noorahimah Noor Muhamad, 43, dan bapanya, Amir Ruddin Ismail, 46, serta empat adik-beradiknya, Fatimatulzahrah, 17, Seri

Khadijah Aqilah, 13, Rufaidatul Asyariyah, 10, dan Muhammad Assyakrawi, 5, me­ninggal dunia.

Kejadian berlaku ketika tujuh sekeluarga itu yang menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza dalam perjalanan dari Ladang Tehel Utara, Kluang ke Felda Kemedak di sini, untuk menghantar Noorahimah serta anak-anaknya di sana.

Setibanya di lokasi kejadian, MPV Perodua Alza yang mereka naiki bertembung dengan sebuah treler muatan pasir.

Kemalangan itu berlaku apabila sebuah MPV jenis Honda HR-V dan Proton Wira memperlahankan kenderaan ketika melalui jalan yang sedang dibaiki menyebabkan lori yang berada di belakang gagal membrek dan hilang kawalan.

Berita berkaitan: Enam beranak maut dikebumi satu kubur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN