fbpx

Anwar hadir Majlis Makan Malam Gala di Jakarta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (dua dari kiri) dan isteri bergambar bersama Jokowi dan Iriana pada Majlis Makan Malam Gala di Jakarta, Indonesia malam tadi.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menghadiri Majlis Makan Malam Gala di Jakarta, Indonesia malam tadi.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, Majlis Makan Malam Gala tersebut dihoskan oleh Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) dan Wanita Pertama Iriana.

“Ini bersempena dengan Sidang Kemuncak ASEAN ke-43 di Jakarta yang mengambil tempatnya sejak Isnin,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Anwar berkata, acara yang diadakan di Hutan Kota di Plataran di Senayan Jakarta itu peluang untuk kesemua pemimpin ASEAN dan negara rakan kongsi bertemu secara santai dan bertukar pandangan.

“Kendatipun pelbagai tantangan mendampingi ASEAN di peringkat glokal, namun saya percaya dukungan, kedekatan dari hati ke hati, pastinya akan menguatkan jalinan persahabatan yang ada agar terus utuh serta kekal maju bersama-sama,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI