fbpx

Takaful Malaysia sedia makanan berkhasiat kepada 1,000 orang pelajar asnaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nor Azman ketika ditemui di majlis Di Hatiku Student Food Aid Program di Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad (Takaful Malaysia) telah bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menyediakan makanan harian berkhasiat kepada 1,000 pelajar asnaf di sepuluh buah sekolah rendah sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang dikenali sebagai Program Di Hatiku Student Food Aid ini selaras dengan agenda Takaful Malaysia untuk membangunkan bangsa serta meningkatkan kesihatan, keadaan fizikal dan nutrisi pelajar yang kurang bernasib baik.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Takaful Malaysia, Nor Azman Zainal berkata, program tersebut adalah untuk memenuhi tanggungjawab Takaful Malaysia sebagai sebuah institusi kewangan Islam yang bertanggungjawab dalam mengagihkan zakat kepada penerima asnaf yang layak.

“Sebagai menyokong usaha kerajaan, kami berhasrat untuk mencipta nilai mampan dalam komuniti setempat.

“Melalui program ini, kami akan menyediakan makanan berkhasiat setiap hari dengan harapan dapat menambah baik pengambilan nutrisi di kalangan pelajar yang kurang bernasib baik,” katanya.

Tambahnya, insitiaf tersebut juga selaras dengan semangat takaful iaitu saling bantu membantu antara satu sama lain, terutamanya golongan yang memerlukan.

“Melalui program inj, Takaful Malaysia bakal membekalkan set makanan harian kepada pelajar asnaf yang layak daripada keluarga berpendapatan rendah di sekolah masing-masing.

“Program ini dijadualkan berlangsung sehingga Februari 2024 bagi tahun akademik sekolah 2023/2024,” katanya.

Tambahnya, program yang dijalankan dengan kerjasama rapat bersama KPM, pentadbir sekolah terpilih dan pengusaha kantin itu juga dapat memastikan pelajar asnaf dari keluarga berpendapatan rendah mendapat akses makanan seimbang di sekolah.

“Setiap pelajar asnaf terpilih dibekalkan dengan set kotak makan tengah hari lengkap.

“Pemilihan menu harian adalah berdasarkan piramid makanan untuk kanak-kanak yang terdiri daripada sayur-sayuran, buah-buahan dan sumber protein yang bersesuaian dengan keperluan pelajar,” katanya.

Menurut Nor Azman, melalui program tersebut, pelajar juga diberikan botol air peribadi untuk menggalakkan mereka minum lebih banyak air dan kekal hidrat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI