fbpx

Pelajar UPSI, UMT maut Myvi bertembung treler

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemandu serta penumpang Perodua Myvi maut bertembung lori treler di KM 39.3, Jalan Muar - Tangkak pagi ini

TANGKAK – Dua maut dalam kemalangan membabitkan sebuah Perodua Myvi dan sebuah treler di Kilometer (KM) 39.3 Jalan Muar-Tangkak, di sini, pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Roslan Mohd. Talib, kemalangan berlaku apabila kereta Perodua Myvvi berkenaan dipercayai hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan.

“Kereta Perodua Myvi terbabit dari arah Tangkak menuju ke Segamat. Setibanya di tempat kejadian, kereta yang dipandu pemuda terbabit hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan.

“Dalam nahas kira-kira pukul 7.05 pagi itu, pemandu Perodua Myvi, Muhammad Hazim Abd Halim, 25, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan penumpangnya, Muhamad Fikri Amaludin, 24, turut maut.

Mengulas lanjut, mayat kedua-dua mangsa yang merupakan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim dan Universiti Malaysia Terengganu itu kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Daerah Tangkak.

“Bagaimanapun, pemandu treler terbabit berusia 37 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak.

Tambah Roslan, sebaik memasuki laluan bertentangan, treler itu dikatakan tidak sempat mengelak lalu merempuh hadapan Perodua Myvi terbabit.

“Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Daerah Tangkak. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Saksi kejadian itu diminta menyalurkan maklumat mengenai kejadian dengan menghubungi IPD Tangkak atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI