fbpx

Fama sedia bantu kerajaan pasarkan beras

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Rashid (tiga dari kanan) ketika melancarkan portal Agrobazar Online (ABO 3.0) dan sesi menandatangani perjanjian MoU antara Fama bersama Razer Merchant Services Sdn. Bhd. di George Town, hari ini.

GEORGE TOWN – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) bersedia untuk membantu memasarkan beras di pusat operasi milik agensi berkenaan bagi memastikan tidak berlaku masalah kekurangan bekalan makanan ruji tersebut di pasaran.

Ketua Pengarahnya, Abdul Rashid Bahri berkata, Fama kini hanya menunggu arahan selanjutnya berhubung perkara itu daripada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPTM) yang dijangka akan mengadakan perbincangan dengan Syarikat Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) dan pengeluar padi esok.

“Fama bersedia membantu kerajaan memasarkan bekalan beras dengan menyediakan ruang pasaran di pusat operasi Fama, outlet-outlet Fama, pasar tani dan sebagainya.

“Fama akan membantu pasarkan beras di tempat-tempat yang ada kekurangan beras, bukan kita jual beras di pasar raya,” katanya selepas menghadiri majlis pelancaran portal Agrobazar Online (ABO 3.0) dan sesi menandatangani perjanjian MoU antara Fama bersama Razer Merchant Services Sdn Bhd. di sini, hari ini.

Bekalan Beras Putih Tempatan (BPT) di seluruh negara, dijangka pulih dalam tempoh sebulan susulan langkah intervensi segera yang sedang dilaksanakan kerajaan.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, berkata langkah intervensi menerusi Program Khas BPT itu akan meningkatkan lebih 20 peratus kuota pengeluaran beras di pasaran seluruh negara.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI