fbpx

Anwar adakan pertemuan dengan Pengasas, Pengerusi Eksekutif WEF

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar dan Schwab pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-43 di Jakarta. - Foto Facebook Anwar

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan bersama Pengasas dan Pengerusi Eksekutif World Economic Forum (WEF), Profesor Klaus Schwab pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-43 di Jakarta.

Anwar berkata, menerusi pertemuan itu, mereka membincangkan usaha dalam memperkukuh kerjasama antara Malaysia dan WEF serta persiapan untuk Mesyuarat Tahunan WEF yang dijadualkan dari 15 hingga 19 Januari 2024 di Davos-Klosters, Switzerland.

“Usai pertemuan tersebut, saya juga berkesempatan mengadakan mesyuarat dua hala dengan Perdana Menteri Cook Islands, TYT Mark Brown.

“Ia antara lain bagi merapatkan hubungan dua hala dan potensi kerjasama baharu dalam pelbagai sektor serta bertukar-tukar pandangan mengenai pelbagai isu berkepentingan bersama,” katanya pada hantaran Facebook hari ini

Dalam pada itu, beliau berharap pertemuan tersebut membawa manfaat di masa depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI