fbpx

Rogol wanita bergilir-gilir, seorang ditahan, empat lagi dikesan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Polis berjaya menahan seorang lelaki tempatan yang disyaki terlibat dalam kes rogol wanita bergilir-gilir, di hadapan sebuah restoran di Jalan Rampai Niaga 5, Taman Sri Rampai, Wangsa Maju, di sini, malam Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, sepasukan Polis dari Bahagian (D11), Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur telah membuat tangkapan ke atas suspek berusia 29 tahun itu sekitar pukul 9.30 malam.

“Suspek telah ditahan reman selama enam hari sehingga Jumaat ini.

“Kita masih mempergiatkan usaha bagi mengesan empat lagi suspek yang masih bebas,” ujarnya dalam kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu, beliau memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan untuk menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian (D11), IPK Kuala Lumpur, Inspektor Siti Fadzilah Ahmad Fisal di talian 0176240252 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 032115999.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan polis sedang giat mengesan lima suspek rogol seorang wanita berusia 27 tahun yang sedang tidur di kediamannya di Wangsa Maju, di sini, pada pagi 30 Ogos lalu.

Dalam kejadian kira-kira 3.30 pagi itu, wanita berkenaan bukan saja dirogol bergilir-gilir oleh lima lelaki, malah rakaman video mangsa ketika perbuatan terkutuk tersebut turut dilakukan kumpulan tersebut.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, pihaknya masih lagi giat memburu suspek terlibat untuk dikenakan tindakan segera. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI