fbpx

Nik Abduh ikrar mahu jadi Ahli Dewan Negara yang terbaik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nik Abduh ketika ditemui pemberita selepas Majlis Angkat Sumpah ADUN Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu hari ini. FOTO KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN/KOSMO!

KOTA BHARU – Bekas Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz atau Nik Abduh berikrar akan memberi perkhidmatan terbaik selepas dilantik sebagai Ahli Dewan Negara bagi mewakili Kelantan.

Nik Abduh berkata, beliau menyifatkan tugas senator sama berat dengan mandat yang diberikan oleh rakyat semasa menggalas tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen sebelum ini.

“Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri Kelantan kerana mencadangkan saya sebagai Ahli Dewan Negara pada kali ini.

“Saya terima dengan penuh amanah dan tanggungjawab. Saya juga akan menjalankan tugasan ini dengan sebaik mungkin,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Angkat Sumpah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini.

Nik Abduh memberitahu, beliau tidak menyangka diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab tersebut dan akur dengan perancangan Allah SWT.

Terdahulu, DUN Kelantan hari ini sebulat suara bersetuju untuk melantik Nik Abduh sebagai Ahli Dewan Negara.

Pelantikan itu mendapat persetujuan secara majoriti oleh ADUN Kelantan selepas Speaker, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah mengemukakan usul Pemilihan Ahli Dewan Negara.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud mencadangkan Nik Mohamad Abduh atau Nik Abduh sebagai senator dan disokong oleh Timbalan Menteri Besar, Datuk Dr. Mohd. Fadzli Hassan.

Pemilihan Nik Abduh itu bagi menggantikan Mohd. Affandi Mohamad yang tamat tempoh sebagai Ahli Dewan Negara pada 7 Julai lalu. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI