fbpx

Luahan Pembaca: Jangan beri alasan cuti sekolah ‘naikkan harga’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MENU celup tepung menjadi antara makanan wajib cuba ketika berkunjung ke negeri Pantai Timur. – GAMBAR HIASAN

SAUDARA PENGARANG,

MINGGU lalu saya bersama keluarga pulang ke kampung halaman di sebuah negeri di Pantai Timur sempena cuti persekolahan.

Selain pulang untuk menikmati buah-buahan yang dipetik segar di kebun, saya juga turut membawa keluarga untuk menikmati pelbagai menu ‘viral’ di beberapa lokasi sekitar negeri kelahiran saya itu.

Makanan dan minumannya cukup sedap dan rasanya sama seperti apa yang diviralkan orang ramai di media sosial.

Antara menu yang kami cuba termasuklah celup tepung viral, ikan bakar dan pelbagai masakan panas lain yang amat membuka selera ketika perut sedang lapar.

Namun, apa yang sedikit mengecewakan adalah harganya sedikit mahal berbanding sebelum ini.

Terdapat kenaikan antara RM2 hingga RM5 berbanding sebelum ini, selain ada menu yang dikurangkan kuantitinya jika tidak dinaikkan harga.

Saya tidak pasti sama ada harga tersebut adalah kenaikan semasa atau harga bagi ‘musim cuti sekolah’.

Jika kenaikan tersebut adalah sempena cuti sekolah, pihak berkuasa perlu memantau perkara ini supaya ia tidak mencemarkan imej para peniaga lain yang jujur dalam mencari rezeki.

Nasihat saya, berniaga jangan hanya fikir keuntungan, berniagalah dengan jujur, pasti rezeki dan pelanggan bertambah.

Syed Azam
Klang, Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI