fbpx

Kes menantu Muhyiddin: Permohonan notis merah dalam proses

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Adlan.

KUALA LUMPUR – Permohonan untuk menyenaraikan menantu bekas perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke dalam senarai notis merah Polis Antarabangsa (Interpol) masih dalam proses.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pihaknya masih memerlukan masa kerana permohonan itu membabitkan beberapa prosedur.

“Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menjalankan siasatan kes (itu) dan polis hanya diminta membantu permohonan notis merah.

“Sebelum permohonan notis merah dibuat, kita kena mendapatkan waran. Kesemua proses itu ada prosedurnya dan berapa lama (notis merah boleh dikeluarkan) bergantung kepada proses,” katanya dalam sidang akhbar khas di Bukit Aman, di sini, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan SPRM akan bekerjasama dengan PDRM untuk memasukkan nama dua individu termasuk menantu Muhyiddin ke dalam senarai notis merah jika gagal tampil untuk menghadapi pendakwaan.

Individu pertama yang dicari SPRM ialah Muhammad Adlan Berhan, 48, dengan alamat terakhir di Lot 65, Sunway Kiara Hills, Jalan 32/70A Desa Sri Hartamas, manakala, seorang peguam, Mansoor Saat, 69, beralamat terakhir di 5 Jalan SS19/1C Subang Jaya, Selangor.

Bagaimanapun, Muhammad Adlan dalam satu kenyataan melalui peguam, Datuk Baljit Singh Sidhu menafikan beliau lari daripada pihak berkuasa dan menyatakan akan pulang ke tanah air bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI