fbpx

Keadaan mangsa nahas lima kenderaan di Segamat bertambah baik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ABDULLAH (berdiri belakang kiri) bergambar kenangan bersama bapa dan ibu serta empat adik-beradiknya yang terkorban dalam nahas di Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan, Segamat, petang Jumaat lalu.

SEGAMAT – Keadaan mangsa yang terselamat dalam nahas enam sekeluarga maut membabitkan kemalangan lima buah kenderaan di Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan di sini Jumaat lalu dilaporkan semakin stabil.

Norhayati Noor Muhammad berkata, keadaan anak saudaranya, Abdullah Amir Ruddin, 15, semakin baik hari ini.

“Perkembangan Abdullah semakin baik, alhamdullillah, doktor cakap kemungkinan alat bantuan pernafasan akan dibuka dan Abdullah sudah boleh bernafas secara normal.

“Tetapi pasukan doktor juga akan melakukan CT Scan (tomografi berkomputer) pada bahagian kepala sebab nak tengok keadaan tulang muka sebab katanya ada patah,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Norhayati yang juga seorang guru agama berkata, buat masa ini dia mengambil cuti untuk menjaga dan menemani Abdullah di Hospital Segamat.

Ujarnya, pasukan perubatan memerlukan ahli keluarga terdekat bagi memaklumkan keadaan mangsa.

Abdullah yang merupakan pelajar Maahad Tahfiz al-Quran Al-Muhammadi, Kundang Ulu, Bukit Gambir, Muar dekat sini merupakan satu-satunya yang terselamat dalam kemalangan itu.

Kemalangan pada pukul 6.37 petang itu, meragut nyawa ibunya, Noorahimah Noor Muhamad, 43, dan bapa, Amir Ruddin Ismail, 46, serta empat adik-beradiknya Fatimatulzahrah, 17, Seri Khadijah Aqilah, 13, Rufaidatul Asyariyah, 10, dan Muhammad Assyakrawi, 5.

Kejadian berlaku ketika tujuh sekeluarga itu dalam perjalanan dari Ladang Tehel Utara, Kluang ke Felda Kemedak di sini untuk menghantar Noorahimah serta anak-anaknya di sana.

Namun setibanya di Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Azla dinaiki bertembung dengan sebuah treler membawa muatan pasir.-  KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI