PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat dan ribut petir cuaca di beberapa kawasan melibatkan enam negeri sehingga 12 tengah hari.
Menurut MetMalaysia, cuaca buruk itu dijangka melanda seluruh negeri Perlis, Pulau Pinang dan Melaka.
“Bagi Kedah membabitkan Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu, Kedah.
“Manakala di Perak, hujan lebat lebih tertumpu di Kerian dan Larut, Matang dan Selama sementara di Johor melibatkan Tangkak dan Muar” katanya hari ini.
Tambah MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE