fbpx

Fatwa mana dia pakai undi Suhaizan – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD ZAHID disambut oleh penduduk PPR Kempas Permai, Johor Bahru ketika mengadakan lawatan ke kawasan tersebut hari ini.

JOHOR BAHRU – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mempersoalkan fatwa yang digunakan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengatakan haram mengundi calon parti daripada Kerajaan Perpaduan.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) juga menyelar tindakan yang politik semata-mata pihak terbabit tidak sealiran dengannya.

“Ada seorang yang bukan ulama telah mengeluarkan fatwa politik, kononnya undi Suhaizan Kayat ini haram.

“Saya nak tanya dengan orang itu, ayat Quran daripada mana, hadis daripada mana, qias daripada mana, ijma’ ulama dari mana (dia pakai).

“Ketika beliau menjadi sebahagian daripada kerajaan Pakatan Harapan (PH) 1.0 dahulu, semuanya halal, apabila tak sealiran sahaja dengan dia keluarlah fatwa yang berbagai-bagai,” katanya.

AHMAD ZAHID menyampaikan replika cek dan bantuan kepada penerima di PPR Kempas Permai, Johor Bahru hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas lawatan ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kempas Permai, di sini hari ini.

Ahmad Zahid mengulas satu video yang tular di media sosial hari ini menunjukkan Muhyiddin ketika berucap dalam satu ceramah sempena PRK Parlimen Pulai di Johor, mengeluarkan ‘fatwa haram’ mengundi calon PH, Suhaizan Kayat.

Muhyiddin ketika berucap dalam kempen ceramah Pilihan Raya Kecil (PRK) Pulai di Nusa Bestari, Johor Bahru malam tadi melarang pengundi Parlimen Pulai untuk mengundi calon PH.

Bekas bekas perdana Menteri itu mengeluarkan ‘fatwa’ haram untuk memberi satu undi kepada calon PH yang bertanding di kawasan berkenaan.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata, pengundi di Johor ini khususnya di Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram bukan mudah terperdaya dengan perkara seperti itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI