fbpx

DBKL kenakan tindakan kunci air pada penghuni PPR degil bayar sewa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DBKL mengenakan tindakan kunci air pada penyewa Projek Perumahan Rakyat (PPR) Perkasa dan PPR Seri Alam yang mempunyai tunggakan sewa, baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengenakan tindakan kunci air kepada penyewa Projek Perumahan Rakyat (PPR) Perkasa dan PPR Seri Alam yang masih berdegil melangsaikan tunggakan sewa, baru-baru ini.

Langkah tersebut diambil selepas pelbagai ruang dan usaha diberikan kepada penyewa yang mempunyai tunggakan ini bagi menjelaskan bayaran sewa yang tertunggak.

DBKL dalam kenyataannya berkata, pihaknya melalui Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Kesejahteraan Bandar (JPKKB) sedang melaksanakan Operasi Kunci Air (OKA) ke atas penyewa-penyewa yang bertunggakan sewa ini.

Katanya, JPKKB telah melaksanakan tindakan tersebut di kawasan PPR Perkasa dan PPR Seri Alam dan akan meneruskan tindakan itu di lokasi yang lain.

“Pelbagai usaha telah dibuat bagi memberi ruang kepada penyewa yang mempunyai tunggakan sewa seperti mengeluarkan hebahan, notis, sesi bersemuka dan pembukaan kaunter bergerak.

“Ia bertujuan bagi memudahkan penyewa berunding untuk menstrukturkan bayaran bagi menjelaskan tunggakan,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Sehubungan itu, DBKL turut menasihatkan kepada penyewa-penyewa yang memiliki tunggakan bayaran sewa untuk melunaskan bayaran sebelum tindakan diambil.

“Ramai di luar sana yang menanti bertahun-tahun tapi masih tidak berpeluang untuk mendiami rumah PA arau PPR yang diuruskan oleh DBKL.

“Anda yang dah dapat, culas pula membayar sewa,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI