fbpx

[VIDEO] Adik Ammara tular lagi, terima perkenan Agong bergambar bersama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yang di-Pertuan Agong berkenan mencemar duli bergambar bersama Ammara di sambutan Hari Kemerdekaan ke-66, di Putrajaya semalam.

PETALING JAYA – Seorang kanak-kanak yang dikenali sebagai Ammara menjadi tular sekali lagi apabila dia berpeluang bergambar bersama Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di acara sambutan Hari Kemerdekaan ke-66, di Putrajaya semalam.

Menerusi perkongsian video oleh bapanya di TikTok @syazliey1, anaknya itu dilihat begitu teruja apabila Seri Paduka Baginda berkenan mencemar duli turun dari kenderaan rasmi miliknya menyapa Ammara.

Dalam video sama, Seri Paduka Baginda turut perkenan untuk merakam beberapa gambar kenangan bersama Ammara.

Terdahulu, kisah adik Ammara pernah menjadi bualan netizen di media sosial apabila dia dimarahi oleh gurunya di sekolah ketika sambutan Hari Kemerdekaan kerana mengenakan solekan.

Bukan itu sahaja, guru tersebut dikatakan telah bertindak membersihkan solekan pada wajah Ammara dengan menggunakan kain.

Sehubungan itu, Shazliey juga mendakwa guru terbabit sanggup mengeluarkan kata-kata kurang sopan terhadap anaknya sehingga menyebabkab kanak-kanak tersebut menangis.

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, ramai memuji busana Ammara kelihatan sangat cantik dan manis digayakan olehnya.

Mereka turut menyifatkan momen terindah Ammara bersama Yang di-Pertuan Agong sebagai hadiah merawat kesedihannya tempoh hari. – KOSMO! ONLINE

@shazliey1 Allahuakbar…mengigil papa hari ni Ammara…!!!! Ampun Tuanku… KDYMM Seri Paduka Yang di Pertuan Agong perkenan mencemar duli turun dari kenderaan rasmi apabila nampak Ammara melambai-lambai sewaktu baginda ingin berangkat pulang dari menyaksikan perbarisan sempena hari kemerdekaan di Putrajaya.. #AmmaraJumpaAgong #AgongJumpaAmmara #ammarakesya #ammaraviral #kanakkanakviral #AmpunTuanku #HariKemerdekaan #merdeka #ammara #bajuammaraviral #kisahammara #ammaratiktok ♬ Bahagiaku Sederhana – Jamik Jams & Feat Rangga & Ayena Prowind

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI